Wednesday, August 12, 2009

"Mak nak bancuh A.."

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia (patriotik ni) =) Pada 7, 8 dan 9 Ogos yg lalu, telah berlangsungnya Program Anak Angkat yg diadakan di Kampung Banggol Saga, Bongor, Baling, Kedah yang disertai oleh para pelajar PISMP semester 4 opsyen PSV dan Math IPGM kampus Perlis. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Bina Insan Guru yang berbeza mengikut semester dan wajib diikuti oleh setiap pelajar IPGM. Bagi saya, program ni sgt menarik dan amat bermakna terutamanya kepada seorang bakal guru untuk memahami dan mendekati masyarakat setempat (ayat skema ni). Ni merupakan pertama kali saya mengikuti program anak angkat. So, pada mulanya rasa agak teruja je nak pergi. Tapi rasa segan pun ada sebab nak tinggal di rumah orang yg tak dikenali.


Pada 7 Ogos 2009, tepat pada jam 10.23 pagi (ikut jam saya) kami pun bertolak ke sana. Pada petang tu, kami ada majlis perasmian yg dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim (dia lawa gak tgk face 2 face). Kemudian majlis penyerahan anak angkat. Saya dgn Dayah (yg juga dikenali sebagai singa PSV) tinggal di rumah keluarga angkat iaitu Mak Teh n Pak Teh Tajol. Mula2 nak panggil mak n ayah rasa kekok je. Ye la, mak n ayah betul ada kat Penang nu… Sesampainya di rumah, lps letak barang2 kami pun lepak2. Tiba2 mak ckp “Kalau nak p bilik A, kat ctu. Mak nak bancuh A”. Apakah itu a? ha….A tu air…
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Pada mlm yang pertama, telah diadakan mlm komuniti yang disertai juga oleh UUM dan pelajar sekolah. IPGM kampus Perlis mewakili Kampung Banggol Saga manakala pihak yang lain mewakili kampong masing2 pada pertandingan persembahan pada mlm itu. Alhamdullillah, IPGM kampus Perlis mendapat tempat pertama kerana persembahan yg best n pelakonnya yg berbakat yg membintangi lakonan sebuah lakonan yg mengimbau kembali penduduk kampung ke zaman 60-an..


Selain tu, pelbagai aktiviti lain yang diadakan seperti tazkirah, sukaneka, gotong-royong, BBQ bersama penduduk kampong, ceramah dan mcm2 lagi. Enjoy giler walaupun letih… Yg bestnya, masa sukaneka n senamrobik, dengan rilex nya pakcik2 tu pakai kasut but yg untuk ke kebun. Main bola pun pakai kasut but tu. Comey je tgk. =) Makcik2 plak peramah n byk celotehnya yg melucukan. Memang terlebih makan masa di sana, dengan musim buahnya..fuh, best.. Pada hari terakhir selepas 3 hari 2 mlm di sana, majlis penutup diadakan yg dirasmikan oleh YB ADUN Bayu..Sblum btolak pulang smua saling bersalaman, bpelukan n bergambar. Rasa mcm dah lama kenal..rasa sedih sgt.mcm2 buah tgn diorg bg. Sebelum balik, mak juga sempat pesan, “Klau dah kahwin jgn luga bgtau..”

2 comments:

Noorsyahida said...

hehe~
al.. hg kena bljaq makan A na...
haha..

Anonymous said...

singgah n follow