Wednesday, February 18, 2009

HAK MELAYU!

MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing. Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia. Patutkah?? Meh kita imbas kembali...
Kontrak Sosial

Ini adalah perjanjian, lebih sesuai dikatakan sefahaman yang dipersetujui bersama antara tiga kaum utama di Tanah Melayu sewaktu usaha menuntut kemerdekaan daripada British. Tiga kaum tersebut adalah Melayu, Cina dan India.
Seperti yang kita tahu, Melayu memang telah berada di Tanah Melayu sejak berzaman lamanya. Saya tidak mahu membincangkan tentang sejarah, bukti-bukti kewujudan Melayu.. But hey, that’s why this place was named Tanah Melayu..
Sewaktu orang Melayu menuntut kemerdekaan daripada British, British telah mengarahkan supaya orang Melayu menerima orang Cina dan India (yang dibawa masuk oleh British) sebagai rakyat dengan hak yang sama di Tanah Melayu. Sudah tentu sajalah orang Melayu ketika itu tidak bersetuju.. Oleh kerana tidak bersetuju, British enggan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu..
Adakalanya kita kena bertolak ansur.. Kemerdekaan adalah perkara terpenting pada masa itu.. Oleh itu, demi mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu, orang Melayu bersetuju menyerahkan hak kerakyatan Tanah Melayu secara bersyarat.
Disitulah datangnya Kontrak Sosial ini.. 5 hak orang Melayu, tetapi orang Melayu bersedia berkongsi satu hak tersebut dengan orang Cina dan India..

5 hak orang Melayu itu adalah:

1. Raja berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak istimewa orang Melayu
5. Kerakyatan

Kerakyatan Secara Jus Soli

Dan daripada 5 itu, orang Melayu kongsikan yang ke-5 dengan orang China dan India, iaitu
1. Kerakyatan diberi secara prinsip Jus Soli kepada orang China dan India yang tinggal di Tanah Melayu sebelum tahun 1957 dan kepada orang Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu selepas tahun 1957.
Sebab itulah, bila akhir-akhir ada beberapa kumpulan yang cuba menuntut supaya hak istimewa orang Melayu dihapuskan, maka mereka kena ingat bahawa apabila mereka berbicara tentang hak istimewa orang Melayu, itu bermakna secara tidak langsung mereka sedang berbicara tentang kerakyatan mereka. Kerana semua 5 perkara di atas datang secara pakej. Pakej 5 dalam 1.

Kaitan Dengan Perlembagaan Malaysia

Dan perlembagaan Malaysia digubal berasaskan kepada kontrak sosial yang 5 itu. Sebab itulah juga, seandainya kita bercakap tentang menghapuskan hak istimewa orang Melayu, bermakna kita juga kena menukar Perlembagaan Malaysia. Kerana hak istimewa orang Melayu adalah salah satu asas yang membentuk Perlembagaan Malaysia.
Semasa kontrak sosial ini dibincangkan antara Melayu, Cina dan India sebelum merdeka, British telah menawarkan kepada orang Cina dan India - sekiranya mereka tidak bersetuju untuk menerima syarat yang ditetapkan ini, British memberi mereka 2 pilihan:
1. Pulang ke negara asal mereka
2. Berpindah ke negara-negara Asia di bawah jajahan takluk British
Pada masa itulah, beratus ribu (mungkin berjuta?) orang Cina dan India keluar dari Tanah Melayu kerana mereka tidak percaya orang Melayu mampu mentadbir Tanah Melayu secara bersendirian. Maksudnya mereka lebih percayakan British.
Tapi itu tak apa kan.. Jadinya, orang Cina dan India yang mendapat kerakyatan pada hari ini, nenek moyang mereka telah bersetuju dengan kontrak sosial tersebut. Kecualilah jika sebenarnya nenek moyang mereka adalah pendatang secara haram.. Hehehe.. Jika nenek moyang mereka tinggal sebelum merdeka, pasti mereka lebih arif dengan hal ini..
Tak kan Melayu hilang di dunia!!
regards: cikgu azleen

4 comments:

ismail said...

Salam
Semangat keMelayuan anda jelas ketara. Perjuangkan hak kita jangan diambil orang.

mr sap said...

pergghh pandainyer... betol..betol..betol... ( mcm upin n ipin )

alwani said...

perlu ada ksedaran ni sbb tempat wani Melayu dah jd minoriti.huhu..

sunan.kaizer.laksamana said...

bace tentang aku melayu kat site ak.. adakah kamu juga melayu..